Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Allahuakbar!!! “Tergamak Buat Ayah”, Adik Perempuan Menang1s Abang Buang Ayah Strok. Letak Bawah Rumah Tanpa Beritahu

Tergamak buat ayah, adik perempuan menangis abang buang ayah strok, letak bawah rumah tanpa beritahu. Kejayaan anak-anak hari ini, selain usaha pastinya termakbul dengan adanya doa dari kedua ibu bapa.

Sedari dari mula mengenal dunia, tidak faham sepak terajangnya, ibu bapa mendidik kita dengan baik. Memberikan pelajaran dan didikan dan tidak pernah berkira mengenainya Namun bila berjaya, di saat ibu ayah uzur kerana faktor usia, ada bertindak membuang ibu bapa dengan pelbagai alasan.

Tergamak Buat Ayah, Adik Perempuan Menangis Abang Buang Ayah Strok

Satu perkongsian dari akaun Tik Tok @ceqta_anita pasti membuat hati kita robek. Lebih lagi yang sudah tiada ibu bapa pasti cukup terasa.

Apa yang membuat ramai geram, dari perkongsiannya itu, @cheqta memaklumkan, ayahnya strok “dibuang” begitu saja oleh dua abang lelakinya di mana dia hanya mengetahui kehadiran bapanya di tingkat bawah selepas di maklumkan oleh pengawal rumah didudukinya.

Tulisnya, “tanpa pengetahuan aku, 1 Ramadan 5.30 petang, security ketuk rumah aku. Bagi tahu ayah kamu ada dekat bawah sudah dekat satu jam. Dua lelaki (abang) cakap nanti anak perempuan dia ambil turun.

“Tergamak korang  buat ayah begini? Mana hati iman korang. Anak jenis apa korang ni? Mentang-mentang ayah tengah sakit, strok tak boleh jalan, pakai pampers, korang buang ayah kau macam tu saja.

“Mana iman korang? Mana otak waras korang? Sihat tubuh badan, naik atas bincang baik-baik letak ayah rumah aku.. tulisnya sambil membuat emoji menangis.

Letak Bawah Rumah Tanpa Beritahu

Walau kita tidak tahu mengapa dua anak sanggup bertindak sebegini kejam atau apa permasalahan mereka adik beradik hingga sanggup membiarkan ayah sejam di bawah tanpa maklum pada adik, jangan menjadi seperti si Tanggang di zaman moden ini. Semua masalah boleh dibawa berbincang sementelah ayah yang uzur pun pasti tidak mahu menyusahkana anak-anak jika keadaannya baik.

Ingat, syurga anak-anak itu dengan redha kedua orang tuanya. Bayangkan ketika kita kecil dan tak mampu menyuap makanan, tangan tua itulah yang membuatkan perut kita kenyang. Namun jangan di saat di usia tua mereka, ditambah sakit kita merasakan menjaga mereka satu beban. Nauzubillah.

Bantulah ibu tunggal anak 9 ini…