Baru je Shuhada dedah perbuatan bkas suami, Tk sangka Sarah dan Datin Rebecca pula kini bersuara
Berikutan daripada itu, rata-rata rakan artis dilihat tampil memberi sokongan moral buat Shuhada di ruangan komennya di Instagram. Antara selebriti yang dilihat memberikan semangat buat Shuhada ialah Puteri Sarah, Ani Maiyuni dan Datin Rebecca Nur Al Islam.
Menurut Puteri Sarah, dia akan sentiasa ada bersama Shuhada di saat wanita itu memerlukan pertolongan. Ujar Ani Maiyuni pula, Shuhada perlu menjadi kuat demi anak-anaknya. Kata Rebecca pula, Allah akan sentiasa ada bersama hambanya.
Terdahulu, Shuhada terpanggil untuk membalas kenyataan yang dikeluarkan oleh Hafidz.

Saya membalas melalui media sosial kerana kenyataan dinyatakan juga melalui media sosial. Sebelum ini kenyataan yang saya muat naik di media sosial tanpa mengetahui tentang kedudukan undang-undang.
Ujar Shuhada, setelah berlaku insiden pada 2 Mac tahun ini, dia telah mendapatkan nasihat undang-undang. Oleh itu, atas nasihat peguam, Shuhada memberitahu dia tidak akan mengupas lanjut tentang kenyataannya satu persatu.