Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Inalillahi Khabar Tak sedap “Saya tahu Ibu mentua memang tak puas hati dengan saya..” ,-Baru saja ... Tak sangka Puteri Sarah dedah sikap sebenar ibu mentua….

Inalillahi Khabar Tak sedap “Saya tahu Ibu mentua memang tak puas hati dengan saya..” ,-Baru saja cerai.. Tak sangka Puteri Sarah dedah sikap sebenar ibu mentua….


Sejak semalam hangat diperkatakan apabila pengarah terkenal, Syamsul Yusof mahu menyaman Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sebanyak RM10 juta kerana mengeluarkan satu kenyataan fitnah terhadapnya.

Memetik BH Online, bapa kepada pengarah itu iaitu Datuk Yusof Haslam berharap tindakan anaknya itu yang mahu menyaman Jawi tidak mengeruhkan lagi keadaan.

Enggan mengulas mengenai tindakan anaknya itu, Yusof berkata dia dan isteri sentiasa mendoakan yang terbaik buat Syamsul.

“Saya pelik dengan tindakan Syamsul. Namun, tak perlulah saya mengulasnya. Cuma sebagai orang tua, saya berharap tindakan Syamsul tidak akan mengeruhkan keadaan. Saya dan isteri sentiasa mendoakan yang terbaik buat Syamsul,” katanya.

Semalam dalam satu perkongsian di Instagram, Syamsul berkata dia mahu mengambil tindakan undang-undang susulan pihak Jawi didakwa mengeluarkan satu kenyataan fitnah terhadap keluarganya bahawa dia sudah berkahwin lagi.

Terdahulu, hangat diperkatakan mengenai rumah tangga Syamsul dengan isterinya pelakon Puteri Sarah Liyana berhadapan dengan kemelut rumah tangga atas dakwaan kehadiran orang ketiga dikenali Ira Kazar

PETALING JAYA – Selepas kisah kemelut rumah tangganya bersama suami, Syamsul Yusof kembali memanas beberapa hari lalu, Puteri Sarah ‘menenangkan diri’ dengan berangkat ke Jepun bagi bercuti bersama anak-anaknya.

Menerusi perkongsian dalam Instagram, pelakon drama Sabarlah Duhai Hati itu memuat naik video dan beberapa keping gambar menunjukkan keberadaannya bersama anak-anak di lapangan terbang.

Puteri Sarah, 37, membawa dua anaknya iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3, bercuti di Tokyo, Jepun dan dijangka pulang ke tanah air pada awal Januari depan.