Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Khabar Duka, Pelakon Drama Pendekar Veteran Latiff Borgiba Meninggal Dunia

Khabar Duka, Pelakon Drama Pendekar Veteran Latiff Borgiba Meninggal Dunia

Pelakon veteran, Latiff Borgiba atau nama sebenar Abdul Latiff T. K. Gomu Kakah meninggal dunia akibat sakit tua sebentar tadi di kediamannya di sini.

Ia disahkan oleh anak Allahyarham, Ab Uzza Ab Latiff yang merupakan jurukamera di Astro AWANI sejurus selepas beliau mendapat panggilan dari bondanya.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 80 tahun.
Menurut Ab Uzza, Allahyarham mengalami kekejangan pada awal Rabu.

 Anak-anak datang melawat Allahyarham malam tadi di kediamannya. Bapa saya kelihatan stabil dan masih boleh berkomunikasi dengan anak-anaknya ketika kami datang melawat.
"Ayah sudah lama menghidap sakit tua," katanya.
Dilahirkan di Bangkok, Thailand, Latiff yang berhijrah ke Kuala Lumpur pada tahun 1946 meninggalkan seorang balu, Fatimah Leman dan 16 orang anak.

Sepanjang hayatnya di dalam dunia seni, Allahyarham sangat sinonim dengan watak-watak antagonis dalam filem serta drama yang diterbitkan sejak 1960-an.

Allahyarham Latiff Borgiba selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota di sini sekitar jam 10.05 malam tadi.

Pengarah dan pelakon terkenal S.Kadarisman antara individu yang cukup rapat dengan Allahyarham dan bertanggungjawab memberi nama komersial Latiff Borgiba kepada Allahyarham.

Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah