Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Innalilahi, SalamTakziah..Ustaz Terkenal Meninggal Dunia Hari Ini Kerana Komplikasi Jantung. Al Fatihah..




 Post By Admin
LABUAN – Pendakwah terkenal,  meninggal dunia di Hospital Gleneagles, Kota Kinabalu, Sabah tadi pada usia 43 tahun.


Berita pemergian pengurus kanan di Pusat Pungutan Zakat Labuan itu, disahkan pembantu rapat dan saudara mara Allahyarham .


Allahyarham, "Ustaz Ahmad Sharizal Mohd Saffian" yang sebelum ini dirawat di Unit Rawatan Rapi hospital berkenaan kerana komplikasi jantung, meninggalkan isteri, Marziawati Mardan dan anak lelaki, Ahmad Furqan yang berusia 12 tahun.


Ahmad Sharizal Ali, yang juga pengasas Madrasah Tahfiz Al-Quran Al Badr dikenali ramai kerana sering muncul dalam pelbagai forum dakwah Islam di platform media sosial, mahupun program televisyen dan radio.


Sementara itu, warga maya mula menzahirkan ucapan takziah dan berkongsi berita pemergian Allahyarham menerusi Facebook dan WhatsApp.


Difahamkan jenazah Ahmad Sharizal akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Manggis, Kuala Penyu. - Semasa Berita